PETALING JAYA 27 AUGUST 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim (dua kiri) bersalaman dengan para jemaah haji pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

Mohd Nasif Badruddin dan Siti Fatimah Nasir

JEMAAH haji dinasihatkan menggunakan waktu senggang untuk wukuf dengan melaksanakan ibadat kecil dan bukannya berbual kosong.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemaah haji perlu memanfaatkan waktu itu di Arafah sebaik mungkin.

Katanya, beliau juga meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan agama sambil merujuk kepada sumbangan kerajaan negeri Selangor memberikan RM500 kepada jemaah haji negeri itu sedangkan kerajaan pusat memberikan subsidi RM9,980 kepada semua jemaah haji.

"Prinsip saya kita boleh berbeza pendapat dalam politik, tetapi dalam hal ehwal agama jangan guna politik.

"Kita jangan politikkan ibadat haji, jangan politikkan agama tetapi gunakan politik untuk memperkuatkan agama," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelepasan Jemaah Haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Penerbangan kedua terakhir KT79 hari ini yang membawa 483 jemaah akan berlepas ke Makkah jam 5 petang ini dan dijangka tiba jam 9.10 malam (waktu Arab Saudi) manakala penerbangan terakhir dijadualkan berlepas 11 pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 3:29 PM