ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati di tepi jalan di Jalan Sepanggar berhampiran IKM Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar kecil, ROBERT Liew Tak Nam. FOTO ihsan polis
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati di tepi jalan di Jalan Sepanggar berhampiran IKM Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar kecil, ROBERT Liew Tak Nam. FOTO ihsan polis
Junaidi Ladjana


LELAKI, 50, ditemui mati di tepi jalan di Jalan Sepangggar berhampiran Institut Kemahiran Mara (IKM) Sepanggar, Kota Kinabalu, malam tadi.

Mayat Robert Liew Tak Nam ditemui orang awam yang berjogging di kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis jam 7.37 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengatakan seorang lelaki pengsan di tepi jalan di jalan berhampiran IKM Sepanggar.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Manggatal bergerak ke lokasi dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas.

"Siasatan awal mendapati mangsa menghidap tiroid dan sakit jantung," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Chandra berkata, pemeriksaan awal pada fizikal mangsa tidak menemui apa-apa kesan kecederaan akibat jenayah.

"Tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang berlaku di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 12:30 PM