Oleh Mohd Hilmie Hussin

Alor Gajah: Sebuah lori kontena muatan papan lapis tersadai di atas jalan hampir 10 jam, sejak 2 pagi tadi, di Kilometer 216.9 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat susur keluar Simpang Ampat, di sini.

Lori membawa muatan hampir 30 tan itu dikatakan hilang kawalan sejurus menyusuri selekoh di susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat.

Difahamkan, lori terbabit bergerak perlahan namun saksi memberitahu kontena sepanjang 12.2 meter mula senget ke kanan sebelum terbalikdi tengah lebuh raya menyebabkan hampir ketiga-tiga lorong terhalang.

Sehingga 12.30 tengah hari ini, PLUS masih menjalankan tugas mengalihkan kenderaan terbabit.

Lori terbabit dalam perjalanan dari kilang papan lapis di Gemas menuju ke West Port, Klang.

Pergerakan trafik dari selatan ke utara perlahan namun masih terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 12:24 PM