Keadaan lori dipandu mangsa yang terbabas ke bahu jalan. FOTO ihsan polis
Keadaan lori dipandu mangsa yang terbabas ke bahu jalan. FOTO ihsan polis
Mohd Hasbi Sidek


PEMANDU lori cedera parah selepas kenderaan itu dilanggar sebuah lagi lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dekat Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Kelindan pula hanya cedera ringan dalam kejadian 3.15 petang itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua lori itu dalam perjalanan menghala ke Sungai Buloh.

"Lori yang dipandu mangsa berada di lorong paling kiri dan sebaik tiba di lokasi, sebuah lori simen merempuh kenderaan itu.

"Kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan manakala muatan tong gas dari lori mangsa terjatuh ke lebuh raya," katanya.

Mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kini masih dirawat di zon merah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 8:22 PM