Keadaan pondok tol dirempuh lori yang rosak brek. FOTO ihsan pembaca
Keadaan pondok tol dirempuh lori yang rosak brek. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek


Subang Jaya: Lori yang rosak brek merempuh pondok tol Plaza Tol Subang Jaya susur keluar dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, lori yang membawa muatan besi itu turut melanggar dua kenderaan lain yang sedang beratur untuk membayar tol.

Pemandu lori cedera dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lori berkenaan dari NKVE dan menuju Subang Jaya melalui tol berkenaan.

"Sejurus tiba di lokasi kami dapati kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum melanggar dua kenderaan lain dan merempuh sebuah pondok di tol,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 6:59 PM