Amar Singh menunjukkan bentuk kes bukan jenayah yang boleh dilaporkan menerusi e-Reporting ketika pelancaran laman web berkenaan di PGA Cheras, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Amar Singh menunjukkan bentuk kes bukan jenayah yang boleh dilaporkan menerusi e-Reporting ketika pelancaran laman web berkenaan di PGA Cheras, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS Kuala Lumpur melancarkan Sistem Laporan Polis Dalam Talian (e-Reporting) dan Sistem Semakan Dalam Talian (SSO) bagi memudahkan orang ramai membuat laporan bagi kes bukan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, antara kes yang boleh menggunakan e-Reporting ialah kehilangan Mykad dan pasport, lesen memandu, hilang telefon pintar atau pembantu rumah lari.

Beliau berkata, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan itu perlu mendaftar terlebih dulu di laman web ereporting.rmp.gov.my.

"Pengguna juga boleh mencetak sendiri laporan polis yang dibuat dari laman web berkenaan.

"Melalui perkhidmatan yang disediakan ini, pengguna tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kehilangan dokumen," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 11:47 AM