Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir Kelantan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 18,079 berbanding 18,800 orang pada tengah malam tadi.

Jumlah itu membabitkan 5,985 keluarga yang menghuni 56 PPS di tujuh jajahan.

Portal eBanjir Kelantan turut merekodkan jajahan Pasir Mas sebagai tertinggi dari segi bilangan mangsa iaitu 11,930 orang dengan 32 PPS.

Berlaku tambahan 538 mangsa di jajahan itu, berbanding semalam.

Sungai Golok di Rantau Panjang kekal di paras bahaya dengan bacaan 10.43 meter (m), diikuti pula dengan Sungai Lebir di Tualang (35.04m).

Lapan Jalan masih ditutup iaitu di Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 10:06 AM