Parang yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan polis
Parang yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan polis
Rudy Syareme Sheriffudin


POLIS menahan lapan lelaki yang disyaki anggota kongsi gelap 04, malam semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan di sekitar Georgetown, baru-baru ini.

Dalam tangkapan 11 malam itu, semua suspek berusia antara 18 hingga 27 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) menerusi Op Cantas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mereka disyaki terbabit dalam dua kes pergaduhan di Lorong Steward dan persimpangan lampu isyarat di Dato Keramat pada malam Rabu lalu.

Beliau berkata, pergaduhan membabitkan dua kumpulan dalam satu upacara keagamaan.

Katanya, lapan parang panjang ditemui disorok untuk melakukan rusuhan.

"Semua suspek dibawa ke IPDTL dan dua daripadanya memiliki rekod jenayah. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 15 Mei depan untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 3:43 PM