PEMANDU lori cedera ringan selepas lori baja terbalik di Parit Gabis.
PEMANDU lori cedera ringan selepas lori baja terbalik di Parit Gabis.

Bagan Serai: Sebuah lori yang sarat dengan muatan lebih 200 kampit baja untuk diserahkan kepada pesawah terbalik ke dalam parit di Parit Gabis, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, lori milik sebuah Pusat Pertubuhan Peladang kawasan (PPK), di sini, yang dipandu seorang lelaki lingkungan 50-an, hilang kawalan dan terbalik ke dalam parit.

Penduduk yang mahu dikenali Faisal, 30, berkata, akibat kejadian itu, mangsa cedera ringan pada bahagian tangan namun berjaya keluar dari kenderaannya.

“Difahamkan, jalan yang dilalui lori ini berlaku sedikit mendap kerana pesawah di situ baru memasang gelung bagi membuat laluan air.

“Ketika lori berkenaan melalui jalan itu, kenderaan dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan dan terus terbalik ke dalam parit di situ bersama muatan baja yang dibawa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 3:49 AM