KEADAAN  kereta di lokasi nahas.
KEADAAN kereta di lokasi nahas.
myMetro

Kuantan: Perjalanan tiga beradik untuk pulang ke rumah berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kampung Semangat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 10 malam, mangsa, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, berasal dari Taman Seri Inderapura, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Kakak mangsa, Siti Radhiah Mahadzir, 23, yang memandu kenderaan terbabit cedera di badan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusuf Ali berkata, adik mangsa yang berada di tempat duduk di belakang, Muhammad Kamarudin Mahadzir, 17, retak tulang kaki kiri dan masih mendapat rawatan di HTAA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:20 AM