Muhammad Azam yang menghidap komplikasi salur darah ke paru-paru ditemani ibu bapanya.
Muhammad Azam yang menghidap komplikasi salur darah ke paru-paru ditemani ibu bapanya.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang menghidap Pulmonari Atresia sejak lahir, memerlukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos pembedahan berjumlah RM20,000.

Muhammad Azam Izzuddin Khairizal disahkan menghadapi komplikasi saluran darah ke paru-paru tidak bersambung dari kanan jantungnya.

Keadaan itu menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna dan memerlukan pembedahan segera.

Ibunya, Rosnahriza Romli, 35, berkata, anaknya disahkan mengalami masalah jantung ketika masih dalam kandungan.

“Anak saya perlu menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN) bagi membesarkan salur darah supaya aliran darah ke paru-paru menjadi lebih lancar,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atau wang pos kepada Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP, Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad, Level 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama bayi berkenaan di belakang cek.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 9:18 AM