KEDAI emas yang dipecah masuk kumpulan lelaki.
KEDAI emas yang dipecah masuk kumpulan lelaki.

Sungai Petani: Polis percaya kejadian pecah masuk sebuah kedai emas oleh sekumpulan lelaki di Jalan Pengkalan, di sini, lewat malam kelmarin mempunyai kaitan dengan kejadian samun di sebuah pasar raya pada minggu lalu berdasarkan modus operandi yang digunakan.

Dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, di sini, penjenayah terbabit bertindak memanjat bumbung dan masuk ke bahagian simpanan peti besi lalu menebuk sebelum melarikan wang tunai serta barangan berharga bernilai RM700,000.

Sumber berkata, kumpulan terbabit turut meninggalkan peralatan memotong peti besi yang digunakan sebelum melarikan diri, dan pihaknya percaya rompakan kedai emas terbabit juga dilakukan kumpulan sama.

Katanya, kejadian berlaku antara jam 12 tengah malam hingga awal pagi, apabila penjenayah dipercayai memanjat batang paip yang terletak di belakang kedai sebelum naik ke bumbung dan masuk ke tingkat atas premis kosong untuk menebuk lubang serta masuk ke kedai emas di tingkat bawah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 5:03 AM