Anggota polis unit forensik   melakukan siasatan di kedai emas yang dipecah masuk di Jalan Pengkalan.
Anggota polis unit forensik melakukan siasatan di kedai emas yang dipecah masuk di Jalan Pengkalan.
Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani: Sebuah kedai emas di Jalan Pengkalan, kerugian kira-kira RM800,000 selepas dipecah masuk lebih dua lelaki, semalam.

Kejadian itu hanya disedari jam 10 pagi semalam selepas seorang pekerja wanita berusia 19 tahun yang datang untuk membuka kedai mendapati bumbung siling bahagian tengah kedai berlubang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pekerja terbabit kemudian membuat pemeriksaan sebelum mendapati barangan kemas disimpan di dalam peti besi hilang.

Menurutnya, suspek dipercayai memotong dinding di tepi peti besi itu untuk membolehkan barangan kemas berkenaan dibawa keluar.

“Pekerja terbabit kemudian menghubungi majikannya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil rakaman CCTV (kamera litar tertutup) mendapati suspek lebih daripada dua lelaki menceroboh masuk ke dalam premis itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 5:14 AM