ANGGOTA bomba membawa mangsa turun akibat tersangkut ditingkat 8.
ANGGOTA bomba membawa mangsa turun akibat tersangkut ditingkat 8.
Nadzreen Shah Mat Salim 

Kuala Lumpur: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mudakki, 38, dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja pembinaan sebelum terjatuh dan tersangkut pada perancah besi di tingkat lapan bangunan berkenaan.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jaliludin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba membuat kerja menyelamat dengan membawa mangsa turun,” katanya, semalam.

Menurutnya, ketika operasi menyelamatkan dijalankan, terdapat besi perancah yang tertusuk dada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 9:56 AM