Mohammad Azlan  (tiga dari kiri) bersalaman dengan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar, Rahim  (tiga dari kanan) di Balai Berita Bangsar.
Mohammad Azlan (tiga dari kiri) bersalaman dengan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar, Rahim (tiga dari kanan) di Balai Berita Bangsar.
myMetro

Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menandatangani Perjanjian Bersama (CA) bagi penggal 2014-2017 dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Akhbar Kebangsaan (NUNW) di Balai Berita, Bangsar, semalam.

Antara persetujuan dicapai dalam CA yang memberi manfaat kepada 604 ahli NUNW ialah penambahbaikan terutama membabitkan kebajikan pekerja serta faedah baru seperti pemberian cuti tiga hari kepada suami bagi menemani isteri bersalin dan elaun telefon untuk pemandu VIP.

Faedah lain yang turut dinaikkan kali ini ialah faedah perubatan kepada ahli keluarga, insurans kesihatan serta peningkatan elaun perbatuan dan pakaian seragam.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, walaupun CA kali ini mengambil masa lama untuk diluluskan, perbincangan berlangsung harmoni dan keputusannya memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak terutama dalam situasi mencabar kini.

“NSTP mengucapkan terima kasih kepada NUNW yang memahami situasi dan cabaran dihadapi syarikat, malah mereka mendapat faedah diminta dan beberapa penambahbaikan.

“Sebelum ini syarikat hanya membayar separuh kos perubatan untuk ahli keluarga, tetapi kini ia ditambah baik dengan dibayar sepenuhnya kepada semua ahli keluarga mengikut terma ditetapkan,” katanya.

Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Media Prima Berhad Nor Arzlin Redzwan, Pengurus Besar Pengeluaran NSTP Aszman Kasmani dan Presiden NUNW Rahim Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 9:13 AM