NIK Rosdi (kanan) menyampaikan persijilan 5S kepada Norizan sambil disaksikan Mohammad Azlan (dua dari kanan) dan Aszman.
NIK Rosdi (kanan) menyampaikan persijilan 5S kepada Norizan sambil disaksikan Mohammad Azlan (dua dari kanan) dan Aszman.

Kuala Berang: Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP) Ajil menjadi loji percetakan kedua menerima persijilan 5S selepas Balai Berita NSTP Shah Alam.

Pengurus Besar Pengeluaran NSTP Aszman Kasmani berkata, penganugerahan persijilan 5S itu diharap menjadi motivasi kepada semua pihak meneruskan amalan berkualiti dan lebih sistematik.

“Kami berbesar hati apabila usaha dijalankan bersama untuk menjayakan amalan 5S ini berjaya mencapai piawaian ditetapkan.

“Banyak kesan positif yang berlaku di dalam organisasi dan pengurusan syarikat hasil pengamalan 5S ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penganugerahan Persijilan 5S di Balai Berita NSTP Ajil, dekat sini, semalam.

Pengurus Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Kelantan Nik Rosdi Nik Yusof menyampaikan persijilan 5S kepada Ketua Balai Berita NSTP Ajil Mohd Norizan Ambak sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Aszman berkata, persijilan itu membuktikan kesungguhan kakitangan NSTP menjayakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Menurutnya, pencapaian itu amat membanggakan kerana NSTP adalah syarikat akhbar pertama di negara ini menerima persijilan 5S.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:26 AM