DUA remaja dicekup di Jalan Ampang kerana menggunakan motosikal curi.
DUA remaja dicekup di Jalan Ampang kerana menggunakan motosikal curi.
myMetro

Kuala Lumpur: Tindakan dua remaja keciciran sekolah menggunakan motosikal curi membawa padah apabila dicekup polis di Jalan Ampang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, tangkapan dilakukan anggota pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut sumber, ketika ditahan, remaja berusia 15 dan 16 tahun itu menggunakan motosikal Honda EX5.

“Motosikal berkenaan sebelum itu dilaporkan hilang di Ampang, Selangor.

“Siasatan selanjutnya mendapati dua remaja berkenaan sebelum ini pernah belajar di sebuah sekolah di Ampang dan dibuang atas kesalahan mencuri,” katanya.

Sumber berkata, soal siasat mendapati remaja itu mengaku terbabit dalam pengambilan dadah jenis syabu.

“Mereka ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 9:46 AM