ROSMAH beramah mesra dengan kanak-kanak yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.
ROSMAH beramah mesra dengan kanak-kanak yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Los Angeles: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Hospital Kanak-Kanak Los Angeles, di sini, semalam.

Ketika kunjungan itu, beliau mengadakan perbincangan mengenai rawatan autisme dan pemulihan bersepadu kanak-kanak dengan staf pengurusan dan pakar hospital berkenaan.

Rosmah juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara hospital itu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Naib presiden hospital berkenaan, Dr Henri Ford dan Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dari Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan UKM menandatangani MoU mengenai program latihan untuk doktor dan jururawat Malaysia di hospital itu.

– BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 6:43 AM