KONVOI bermula di UKM.
KONVOI bermula di UKM.
Lizam Ridzuan

Sempena 'Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak' sepanjang September ini, acara tunggangan amal '500-Names Cancer Ride 2022' diadakan baru-baru ini.

Bertemakan 'United for our cancer children', program dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Peserta dilepaskan oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman di Dataran Canselori UKM.

Ia anjuran Kelab Ukhuwah Kembara Malaysia (KUKMbikers), CAKNE, Persatuan Kebajikan Penunggang Motosikal Malaysia (Wheel of Charity (WoC)), Mental Health Nursing Association (MHNA), Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) dan Persatuan Mahasiswa Sains Citra (Pesistra).

Menyasarkan untuk menyampaikan sumbangan kepada 500 kanak-kanak yang menghidap barah di seluruh Malaysia.

BERGAMBAR ketika akhir acara.
BERGAMBAR ketika akhir acara.

Program jelajah ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan menjaga kebajikan pesakit barah, terutama kanak-kanak.

Presiden Kelab UKM Bikers dan Wheel of Charity Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, lebih 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai program ini ke Melaka yang dirasmikan Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

"Sebagai permulaan, kami ke Melaka dan bakal ke beberapa lokasi lain sehingga hujung tahun ini dalam usaha menyerahkan sumbangan kepada 25 pesakit barah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 12:31 PM