LEBIH 70 perserta bersaing mereka cipta permainan mudah alih berdasarkan siri animasi Ejen Ali.
LEBIH 70 perserta bersaing mereka cipta permainan mudah alih berdasarkan siri animasi Ejen Ali.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur Peserta diberi masa selama 24 jam bermula jam 12 tengah hari semalam, mencipta idea dan menyiapkan ‘story line’ bagi Ejen Ali Game Jam (Hackathon) yang diadakan di Makespace, Quill City Mall di sini.

Dua pemenang daripada lebih 70 peserta yang terdiri daripada golongan profesional, amatur, pelajar dan bukan pelajar itu akan membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 bagi setiap kategori.

Menurut Pengurus Besar Produk dan Inovasi Media Prima Digital Sdn Bhd Nicholas Sagau Tony Ngimat, dalam tempoh masa itu, peserta akan berbincang dalam kumpulan dan mereka cipta permainan mudah alih (mobile game) berkenaan berdasarkan siri animasi Ejen Ali.

“Ejen Ali adalah siri animasi 3D oleh Primeworks Studios dan WAU Animation yang bakal ditayangkan dit TV3 pada jam 5.30 petang bermula 1 Januari depan.

“Sehubungan itu, Media Prima Digital melalui Media Prima Labs mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan ini dengan harapan aplikasi permainan ini dapat dilancarkan serentak dengan tayangan ulung siri animasi itu nanti.

“Kita menjangkakan permainan berkenaan dapat dilancarkan serentak dengan tayangan siri berkenaan dan menjadikan ia satu siri animasi terhebat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 5:10 AM