KAMAL menunjukkan jering yang  siap direbus.
KAMAL menunjukkan jering yang siap direbus.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Hanya dengan menjual jering rebus dan buah perah, seorang wanita dari Kampung Pasir Panjang, di sini, mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sehari.

Rosnas Muda, 53, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 20 tahun lalu setelah mewarisinya daripada arwah datuknya.

“Jering rebus kami terkenal dan mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negeri sejak dulu lagi.

“Buah jering dan perah jenis bermusim dan kerana itu hanya pada September hingga November saja ia dijual. Sepanjang tempoh itu, penggemar dari serata tempat termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan datang ke gerai saya untuk membelinya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di gerai jualannya di sini, semalam.

Rosnas berkata, memandangkan sambutan terhadap jering rebus sangat menggalakkan, dia terpaksa merebus tiga periuk jering setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 9:26 AM