Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: Bapa tiri juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi, 24, tidak menarik keputusan memfailkan saman malu terhadap penyanyi itu berkaitan dengan tuduhan gangguan seksual.

Muhammad Arif Dollah, 30, berkata, tindakan Sufi campur tangan dalam kes dakwaan gangguan seksual membabitkan dirinya dan penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian, 14, yang mendapat liputan meluas sebelum ini menjejaskan reputasi dirinya.

“Kes itu sebenarnya membabitkan saya dan Tegar saja, tetapi Sufi campur tangan kononnya untuk mempertahankan Tegar,” katanya ketika dihubungi di Singapura, semalam.

Sehubungan itu, Arif mengadakan sidang media di sini dalam masa terdekat ini berhubung perkara berkenaan.

Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan Arif terhadap Tegar digugurkan pada 18 September lalu kerana tiada bukti kukuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 10:40 AM