MUHAMMAD Arif Dollah.
MUHAMMAD Arif Dollah.
TEGAR kini dikatakan hanya menerima undangan dari stesen televisyen.
TEGAR kini dikatakan hanya menerima undangan dari stesen televisyen.
SUFI juara AF2015.
SUFI juara AF2015.
Oleh Michelle Gun


Bekas pengurus penyanyi cilik Indonesia, Tegar lega apabila tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap Tegar digugurkan polis Singapura berikutan berlaku percanggahan dalam laporan.

Bagaimanapun, Muhammad Arif Dollah, 30, tetap meneruskan perancangannya untuk memfailkan saman malu terhadap Tegar bagi membersihkan namanya.

Berkenaan kes Tegar, Arif mendakwa polis menutup siasatan berikutan tiada bukti kukuh selain berlaku percanggahan dalam kenyataan.

“Saya dimaklumkan Tegar memberi kenyataan berbeza ketika disoal siasat polis. Dia mendakwa kejadian tidak berlaku di Singapura malah mendakwa saya bogel dan melakukan onani di depannya.

“Namun sebelum meneruskan saman, saya berharap Tegar dapat tampil dulu untuk menjelaskan hal sebenar,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Shah Alam, kelmarin.

Arif turut mendakwa pertuduhan itu adalah rancangan pihak ketiga yang berniat untuk menjatuhkannya, malah mendedahkan turut memiliki rakaman perbualan individu yang mahu dia ditahan di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Saya menganggap Tegar sebagai anak sendiri dan cukup simpati terhadap keadaannya sekarang. Saya diberitahu Tegar sekarang tinggal di kampung dan hanya menerima undangan dari stesen televisyen,” katanya.

Menurutnya, kes itu membuatkan dirinya lebih tabah dan rezekinya mula kembali selepas menerima tawaran menjadi pengurus kepada dua penyanyi muda.

Dalam pada itu, Arif turut meminta juara Akademi Fantasia 2015, Sufi yang juga anak tirinya mengemukakan bukti terhadap tuduhan mendakwa dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Singapura itu.

Arif berkata, peguamnya dalam proses menyiapkan notis tuntutan saman malu yang akan diserahkan kepada penyanyi itu apabila balik ke Singapura nanti.

“Sekiranya Sufi gagal menunjukkan bukti, saya mahu dia membuat pengakuan tuduhan saya melakukan gangguan seksual terhadapnya adalah tidak benar.

“Tambahan pula dia yang memulakan isu ini dan seharusnya menutupkan kes berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Arif berkata, dia sedia menarik balik saman sekiranya Sufi dan keluarganya bertemu dengannya untuk meminta maaf.

“Tindakan menyaman Sufi demi membersihkan nama keluarga dan reputasi saya yang tercemar akibat tuduhan itu,” katannya.

Sebelum ini, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, pernah mengeluarkan kenyataan media mendakwa dipaksa Arif melakukan seks oral ketika berusia 13 tahun.

Sufi membuat pengakuan itu dalam sidang media di Istana Budaya bersama Tegar pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 9:08 AM