Kereta mewah yang ditemui semula selepas dilarikan tiga penyamun.
Kereta mewah yang ditemui semula selepas dilarikan tiga penyamun.
Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: Sekumpulan tiga penyamun hanya sempat melaram kereta mewah Audi TT disamun selama 30 minit sebelum seorang daripada mereka dicekup polis di stesen minyak di Pandan Indah, Ampang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, suspek berusia 18 tahun bersama dua rakannya menyamun kereta berkenaan di susur masuk Kota Kemuning, Lebuhraya Klang-Shah Alam (KESAS).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek menaiki kereta BMW dikatakan melanggar bahagian belakang kereta dipandu seorang juruterbang berusia 29 tahun itu.

Katanya, mangsa kemudian berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan dialami sebelum suspek keluar dari kereta lalu mengacukan parang.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek tidak berani melawan dan hanya membiarkan suspek masuk ke dalam keretanya sebelum melarikan diri ke arah Kuala Lumpur menggunakan lebuh raya sama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:40 AM