SENJATA dan barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
SENJATA dan barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
Na'imah Mohamed


Shah Alam: Polis menahan pasangan kekasih di pusat beli-belah di Klang, Selasa lalu disyaki menyamun dua ahli perniagaan di hadapan hotel di Kota Kemuning, di sini, bulan lalu.

Lelaki warga tempatan, 40, dan teman wanitanya berusia 20-an itu ditahan pada9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima aduan daripada dua mangsa yang juga warga Indonesia berusia 54 dan 60 tahun kira-kira 9 malam pada 16 Januari lalu.

"Dua mangsa terbabit masing-masing mengalami kecederaan di muka, kepala, tangan dan kaki selepas diserang seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang.

"Suspek melarikan wang tunai yang dianggarkan lebih RM30,000, telefon bimbit, cincin dan juga passport milik mangsa," katanya.

Tambahnya, suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 7:49 PM