Anggota bomba mengeluarkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terkunci dalam kereta milik bapanya.
Anggota bomba mengeluarkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terkunci dalam kereta milik bapanya.
Oleh Arifin Salleh

Melaka: Seorang budak lelaki berusia dua tahun terkunci dalam kereta Proton Persona selama hampir 40 minit sebelum dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba yang dihubungi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam di Kampung Bukit Beruang di sini, kanak-kanak itu, Mohd Fasih Mohd Fahmi dikatakan menyelinap masuk ke dalam kereta tanpa disedari ibu bapanya yang sibuk mengemas pakaian sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di kampung sempena Aidiladha.

Menurut sumber, bapa kanak-kanak itu Mohd Fahmi Ali, 29, menghidupkan enjin selepas memuatkan beg ke dalam but tanpa menyedari anaknya masuk ke dalam kereta dan terkunci di dalam.

“Bapa kanak-kanak itu kemudian menemui ahli keluarganya memaklumkan mahu pulang ke Kuala Lumpur dan ketika itu, baru menyedari anaknya tiada dalam rumah sebelum terus mencari kanak-kanak itu.

“Mohd Fahmi kemudian mendapati anaknya berada dalam kereta, namun usaha membuka pintu kenderaan gagal kerana terkunci dari dalam. Dia yang panik memaklumkan kejadian kepada ahli keluarga lain untuk membantu tetapi masih gagal,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:44 AM