ANGGOTA APM menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terperangkap dalam kereta. FOTO Ihsan APM
ANGGOTA APM menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terperangkap dalam kereta. FOTO Ihsan APM
Hafidzuk Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terperangkap dalam kereta hampir setengah jam di Jalan Bukit Bintang, hari ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.55 malam.

"Pasukan penyelamat APM Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian dan melakukan kerja menyelamat.

"Pintu kereta berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian dan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila bapa mangsa tertinggal kunci kereta bersama anaknya ketika sedang menukar lampin pakai buang.

"Pintu kenderaan berkenaan terkunci sendiri pada 8.30 malam sebelum dia menghubungi APM pada 8.55 malam,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 12:09 AM