Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta yang terkunci dari dalam di depan sebuah premis di PD Waterfront. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta yang terkunci dari dalam di depan sebuah premis di PD Waterfront. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Keluarga dua kanak-kanak berusia enam dan empat tahun berdepan detik cemas apabila anak mereka terperangkap dalam kereta yang terkunci di depan sebuah premis di PD Waterfront, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 petang dari seorang wanita dipercayai ibu dua kanak-kanak itu.

"Setibanya di lokasi, didapati dua kanak-kanak itu tertidur dalam Perodua Viva yang terkunci," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukannya membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.

"Dua kanak-kanak itu didapati sedang tidur dan dalam keadaan stabil.

"Ibu bapa perlu berhati-hati ketika meninggalkan kereta semasa kanak-kanak masih berada dalam kereta terutama ketika mereka sedang tidur kerana ia sangat bahaya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 1:24 PM