Kelana Jaya: Seorang orang kurang upaya (OKU) bersama dua beradiknya mengambil masa sembilan tahun memenuhi hasrat arwah ibu mengerjakan haji ke Tanah Suci.

Azahar Atan, 48, berkata, sebelum arwah ibunya meninggal, dia pernah menyatakan hasrat mahu mengerjakan haji bersama anak.

“Pada 2003 lalu, saya menemani arwah emak menunaikan umrah dan ketika itu emak masih sihat.

“Sebelum emak meninggal pada 2006, dia memberitahu hasratnya ingin menunaikan haji bersama anak,” katanya di Kompleks Tabung Haji di sini.

Menurutnya, dia bersama abang dan kakaknya membuat keputusan mendaftar haji bersama pada 2007.

“Alhamdulillah, pada Januari lalu kami mendapat tawaran serentak dan sangat gembira kerana dapat penuhi hasrat emak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 5:52 AM