Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Akibat perselisihan faham, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja dibelasah empat wanita termasuk tiga remaja pengkid, malah turut diraba sebelum dirogol seorang daripada empat lelaki dalam kejadian di Taman Ria Jaya, di sini, pada Rabu lalu.

Kejadian berlaku jam 9.45 malam ketika mangsa mahu balik selepas ke rumah rakannya bagi memulangkan buku yang dipinjam.

Bagaimanapun, sebelum tiba di rumah, mangsa dipercayai dihalang dua motosikal dengan seorang daripada penunggang wanita berusia 20-an yang juga ibu kepada seorang daripada tiga remaja perempuan berusia belasan tahun.

Mereka kemudian bertindak mengheret gadis terbabit menaiki sebuah motosikal yang ditunggang mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, sebaik menaiki motosikal itu, mangsa dibawa ke kawasan semak berhampiran tasik di sebuah taman perumahan lalu berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang remaja perempuan terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 9:14 AM