MOHD Aimi menunjukkan keadaan adiknya yang koma selepas dibelasah dan disahkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu.
MOHD Aimi menunjukkan keadaan adiknya yang koma selepas dibelasah dan disahkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu.
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Seorang lelaki meninggal dunia 20 Jun lalu selepas koma empat hari akibat dibelasah kumpulan lelaki di dusun durian di Kampung Banjar, Batu 16 1/2, Sungai Tiram, di sini, gara-gara lewat mengembalikan Proton Waja dipinjam.

Mangsa, Mohd Khairee Abdullah, 28, parah di kepala selain patah tangan kiri akibat dibelasah sebelum ditahan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa, Mohd Khairee disahkan meninggal dunia jam 10.05 pagi, 20 Jun lalu.

Mengimbau kejadian, abang tiri mangsa, Mohd Aimi A Ahmad, 33, berkata, Mohd Khairee meminjam Proton Waja berkenaan daripada rakan namun gagal mengembalikannya mengikut masa ditetapkan.

“Saya difahamkan ketika kejadian, adik minum di gerai di Tasik Saujana, Kota Tinggi bersama tiga rakannya sebelum dia didatangi lelaki berusia 40-an yang datang bersama beberapa pemuda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:59 AM