BROTHERHOOD Shah Alam  menyembur dan mengecat jalan yang berlubang di sekitar Shah Alam.
BROTHERHOOD Shah Alam menyembur dan mengecat jalan yang berlubang di sekitar Shah Alam.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Ayusliza Azizan

Shah Alam: Bengang dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa tidak menghiraukan aduan mengenai jalan raya yang berlubang, sebuah kumpulan dikenali sebagai Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) Shah Alam menyembur dan mengecat kawasan terjejas supaya pengguna lebih peka.

Kumpulan itu bertindak sedemikian kerana mahu mencabar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya lebih peka dan menyelesaikan masalah jalan berlubang sebaik mungkin.

Tindakan kumpulan itu yang menyembur dan mengecat lubang serta jalan berlopak di sekitar Seksyen 7, 14, dan 21, malam kelmarin mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji inisiatif itu.

Beberapa gambar ahli Brotherhood Shah Alam yang melakukan kerja menyembur dan mengecat jalan berlubang juga turut dikongsi di Facebook (FB).

Penduduk Azuan Mohd, 32, berkata tindakan kumpulan itu patut dipuji kerana ia memberi mesej terus kepada pihak berkuasa supaya bertindak segera mengatasi masalah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 8:41 AM