Kuala Lumpur: Majoriti kumpulan 23 kongsi gelap Cina yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai logo atau lambang khusus berbanding dengan kongsi gelap Melayu dan India.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata, majoriti kumpulan kongsi gelap Cina ini tidak mempunyai logo atau pun lambang.

“Kumpulan terbabit dikesan turut menggunakan isyarat ataupun simbol tertentu sebagai perkenalan diri sesama mereka. Hasil risikan kita, isyarat dan simbol yang digunakan 23 kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan itu hampir sama dengan yang digunakan kumpulan (kongsi gelap) lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 7:17 AM