SEORANG petugas di atas Kapal KRI Bung Tomo menunjukkan serpihan pesawat dan kasut yang ditemui terapung di Selat Karimata.
SEORANG petugas di atas Kapal KRI Bung Tomo menunjukkan serpihan pesawat dan kasut yang ditemui terapung di Selat Karimata.

Pangkalan Bun: Pasukan penyelam kedua akan menggantikan penyelam yang menyertai operasi mencari di Selat Karimata sejak Ahad lalu.

Pasukan berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke lokasi dengan KRI Banda Aceh sudah menyiapkan segala kelengkapan menyelam.

Taklimat ringkas juga diberikan untuk mengatur strategi dan teknik menyelam di mana KRI Banda Aceh berlepas dari pelabuhan Tanjung Mas, Semarang, Jawa Tengah pada malam Isnin dan dijangka tiba di lokasi semalam.

“Alhamdulillah, keadaan ombak baik, saya yakin ia tidak mengganggu semangat penyelam untuk bertugas,” kata Wakil Komandan KRI Banda Aceh, Priyo Dwi Saputro.

Pasukan pertama terdiri daripada 17 penyelam yang bertugas melakukan pemantauan, menjumpai bangkai pesawat dan memasang penanda untuk penyelam berikutnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 7:27 AM