KD Lekir mengharungi laut bergelora dalam usaha menjejaki mangsa QZ8501, semalam.
KD Lekir mengharungi laut bergelora dalam usaha menjejaki mangsa QZ8501, semalam.

Selat Karimata: Sebanyak 47 penyelam tiba di Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Banda Aceh di perairan Selat Karimata, Pangkalan Bun, pagi, semalam.

Mereka tiba jam 8 pagi dengan menaiki tug bot dari Teluk Kumai.

Semua penyelam terbabit terdiri daripada Komando Pasukan Katak (KOPASKA), Dinas Penyelam Bawah Air (DISLAMBAIR) dan pasukan Marin yang turut membawa alat menyelam seperti tabung oksigen dan baju menyelam.

Sebelum ini, sudah ada 10 anggota komando yang berangkat dengan KRI Banda Aceh dari pelabuhan Tanjung Priok dan sehingga kini sebanyak 57 penyelam sudah tiba di KRI Banda Aceh.

Selepas ini, KRI Banda Aceh akan menuju ke lokasi sekitar tempat jatuhnya pesawat untuk melakukan proses pencarian.

Kedalaman laut di lokasi pencarian hampir 35 meter dan penyelam mampu berenang hingga kedalaman 45 meter selama 15 minit.

Pasukan penyelam yang pertama akan terjun melakukan pencarian terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan di dalam air dan sekali gus akan memasang tali untuk penyelam selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:26 AM