Selat Karimata: Sebuah kapal tongkang yang sedang berlayar di Selat Karimata menemui satu mayat yang dipercayai mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Menurut Komandan Pangkalan Udara (Lanud) Iskandar, Jhonson Simatupang, jenazah berkenaan ditemui di sekitar wilayah timur titik jatuhnya pesawat berkenaan atau berada sekitar 140 batu nautika dari Pangkalan Udara Pangkalan Bun.

"Kita masih menanti maklumat sama ada mayat berkenaan sudah dipindahkan ke KRI Banda Aceh," katanya.

Pagi tadi, Badan SAR Nasional mengumumkan sudah menemui 40 mayat pada hari ke-11 operasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501.

Pasukan SAR juga sudah menemui ekor pesawat berkenaan di dasar laut dalam sektor kedua pencarian sekitar perairan Selat Karimata. - VIVAnews

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 3:01 PM