MENTERI Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan (kiri) bersama dengan Menteri Koordinasi Hal-Ehwal Maritim Indonesia Indroyono Soeasilo ketika melawat Lapangan Terbang Tentera Iskandar, Pangkalan Bun.
MENTERI Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan (kiri) bersama dengan Menteri Koordinasi Hal-Ehwal Maritim Indonesia Indroyono Soeasilo ketika melawat Lapangan Terbang Tentera Iskandar, Pangkalan Bun.

Pangkalan Bun: Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) yakin mampu menyiasat kotak hitam pesawat yang akan diangkat dari dasar laut selepas ditemui kelmarin.

Pakar penyelidik KNKT, Nucahyo Utomo berkata, pihaknya memiliki kepakaran dan teknologi terkini untuk menyiasat punca kejadian itu.

“Sejak 2009, KNKT mempunyai makmal kotak hitam dan pakarnya pula dilatih di Australia. Kami sentiasa mengemaskini teknologi terbaru,” katanya.

Menurutnya, kotak hitam tidak dihantar ke luar negara untuk penyiasatan dan KNKT berupaya menyiasatnya di Indonesia sendiri.

“Russia sendiri pernah memuji kemampuan Indonesia menyiasat kotak hitam pesawat Sukoi yang hancur terbakar di Gunung Salak, Bogor pada 2012.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:21 AM