Pangkalan Bun: Pesawat milik Russia Beriev BE-200 melaporkan menemui objek mencurigakan di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Komandan Lapangan Terbang Iskandar, Leftenan Kolonel Jhonson Simatupang berkata, penemuan itu kemudian dimaklumkan ke pangkalan sebelum helikopter Super Puma bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita menerima maklumat berkenaan tengah malam tadi (semalam) sebanyak dua kali. Mereka melaporkan menemui sesuatu yang mencurigakan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi. ‎

Katanya, pihaknya juga mahu menerbangkan helikopter dan pesawat CN untuk tindakan lanjut bagaimanapun keadaan tidak mengizinkan berikutan sudah malam.

“Mereka tidak tahu menemui apa, cuma ciri-ciri objek berkenaan berwarna merah, oren, hitam seperti kotak, warna putih dengan dimensi.

“Lokasi pesawat amfibi itu berada di sektor III sebelum mereka meminta kebenaran untuk memasuki sektor I,” katanya. - Detiknews

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 1:31 PM