MATA kail tersangkut pada kelopak mata Raja Aqiel Al-Hafiz.
MATA kail tersangkut pada kelopak mata Raja Aqiel Al-Hafiz.
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Tumpat: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di kelopak mata kanannya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, di sini, petang, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang menyebabkan mangsa, Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pembedahan mengeluarkan mata kail berkenaan.

Selepas dua jam pembedahan, mata kail berkenaan berjaya dikeluarkan dan mangsa kini dilaporkan stabil.

Menceritakan semula kejadian, bapa mangsa, Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anaknya berada di rumah pengasuh.

“Dia menemui sebatang pancing di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya sebelum menyerahkan kepada seorang rakan perempuan.

“Kanak-kanak perempuan itu kemudian cuba melontar kail terbabit ke dalam sawah padi untuk memancing ikan, namun tersangkut pada kelopak mata anak saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:13 AM