ANGGOTA Ranger mengambil keterangan mangsa.
ANGGOTA Ranger mengambil keterangan mangsa.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud


Serdang: Pasukan penyelamat yang berusaha menjejaki dua mangsa yang sesat di dalam kawasan hutan simpan di Universiti Putra Malaysia (UPM) terkejut apabila mangsa lelaki tiba-tiba muncul menaiki teksi dalam keadaan letih.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Faiz dan Mohd Fazly masing-masing berusia 21 dan 34 tahun dikatakan tersesat di hutan itu petang kelmarin sebelum pihak bomba dan penyelamat memulakan operasi menjejaki mangsa jam 7 pagi semalam.

Difahamkan mangsa tiba-tiba muncul dengan menaiki sebuah teksi pada jam 12.24 tengah hari semalam di lokasi kereta mereka ditinggalkan berhampiran hutan itu sejurus berjaya mencari jalan keluar.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 4.08 pagi semalam sebelum mengerah anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa dengan bantuan anggota polis dari Balai Polis Seri Kembangan dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

“Operasi mencari dan menyelamat bermula pada jam 7 pagi dan semua anggota dipecahkan kepada beberapa pasukan termasuk pasukan Jabatan Perhutanan (Ranger) untuk mencari kedua-dua mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:17 AM