Muhammad Saufi Hassan


Dekad lalu, kebanyakan nota ditulis atas kertas khususnya untuk pelajar yang melakukan catatan penting sama ada ketika pembelajaran, ulang kaji dan sebagainya.

Wujud masalah yang paling biasa dihadapi pelajar apabila nota berkenaan hilang, tulisan sukar dibaca selepas beberapa tempoh, malah menggunakan kertas dalam satu kuantiti yang banyak.

Untuk rekod, penggunaan kertas secara global dianggarkan melebihi 400 juta tan setahun pada 2021 dan ia bukan satu langkah yang lestari jika semua pihak masih menggunakan kertas untuk mencatat nota atau sebagainya.

Hasil perkembangan teknologi semasa catatan nota itu sudah diintegrasi secara digital, malah ia mampu untuk membantu khususnya pelajar.

Bagi pengguna peranti Apple sama ada iPad mahupun MacBook, aplikasi nota pintar, Goodnotes 6 adalah pilihan paling tepat untuk menyelesaikan semua masalah berkenaan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Goodnotes, Steven Chan berkata, pihaknya sangat teruja untuk membayangkan semula cara orang berinteraksi dengan maklumat serta membawa inovasi sebenar kepada pengalaman mengambil nota digital.

"Kami sangat teruja untuk akhirnya meletakkan Goodnotes 6 di tangan pengguna kami dan diharapkan mereka merasai keajaiban Goodnotes yang lebih bijak dan menarik dengan antara muka pengguna baharu kami dengan ciri-ciri tulisan tangan AI kami yang mengutamakan industri," katanya.

GOODNOTES 6 dengan ciri-ciri tulisan tangan AI.
GOODNOTES 6 dengan ciri-ciri tulisan tangan AI.

Aplikasi ini bukan saja dicipta untuk mengambil nota berbentuk tulisan, malah ia adalah nota baharu yang turut membolehkan pengguna melukis anatomi badan serta mewarnakan untuk kelihatan menarik dan tidak bosan apabila melakukan ulang kaji.

Ia bukan saja aplikasi bersifat lestari kerana tidak menggunakan kertas, malah dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan 'Generatif' atau 'Generative AI.'

Keupayaan aplikasi ini juga sangat mengagumkan apabila ia mampu melakukan pembetulan perkataan berdasarkan tulisan tangan penulis.

Ini bermaksud, perkataan pembetulan itu diganti dengan tulisan tangan penulis dan ia adalah hasil keupayaan Generatif AI berkenaan yang 'belajar' bentuk tulisan tangan pengguna.

Pada masa sama, pengguna khususnya pelajar juga boleh memuat turun set modul matematik serta berkaitan dengan pengiraan dan lebih menarik, aplikasi berkenaan mampu memberikan petunjuk jika berlaku kesalahan dalam pengiraan berkaitan matematik.

DIMENSI baharu dalam ‘nota’ yang bukan saja berasaskan tulisan.
DIMENSI baharu dalam ‘nota’ yang bukan saja berasaskan tulisan.

Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna khususnya pelajar, sekali gus masalah 'kehilangan nota' tidak berlaku lagi apabila semuanya disimpan pada peranti pengguna.

Goodnotes 6 ini juga adalah satu inovasi seiring teknologi apabila ia memanfaatkan AI untuk melakukan pengesanan tulisan tangan dan melaksanakan pembetulan perkataan.

Pengguna boleh mengakses 'marketplace' yang terbina dalam aplikasi itu untuk melihat modul nota yang sesuai untuk dimuat turun atau dibeli sesuai dengan pembelajaran.

Ini adalah dimensi baharu dalam 'nota' yang bukan saja

berasaskan tulisan, malah fungsi aplikasi ini turut dilengkapi dengan keupayaan untuk merakam audio, lukisan, pengiraan matematik dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 7:00 AM