HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dilengkapi dengan M-Pencil dan papan kekunci yang dikuasai oleh teknologi NearLink. PHOTO - HUAWEI
HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dilengkapi dengan M-Pencil dan papan kekunci yang dikuasai oleh teknologi NearLink. PHOTO - HUAWEI
Ain Natassya Abdullah

JENAMA penyedia peranti pintar antarabangsa terkenal, HUAWEI memperkenalkan tablet terbaharunya HUAWEI MatePad 11.5"S Papermatte Edition, sekaligus menambahkan barisan tablet teknologi pintarnya.

Pelancaran tablet ini membuatkan HUAWEI terus menempa nama dalam kalangan pengguna tablet HUAWEI kerana MatePad 11.5"S PaperMatte Edition kali ini menampilkan ciri teknologi paparan lebih unggul iaitu inovasi teknologi paparan anti silau.

Tablet HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition dilengkapi dengan teknologi lapisan nano optik terkawal secara magnet yang membantu mengurangkan pantulan cahaya.

Dengan skrin kadar segar semula 144Hz, HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition dapat meningkatkan penghantaran cahaya untuk paparan yang lebih jelas seiring menjamin pengalaman melebihi komputer peribadi. 

Ia juga menawarkan pengurangan pantulan cahaya skrin sebanyak 60 peratus sehingga memberikan kesan keselesaan yang berpanjangan kepada mata pengguna.

Pantulan cahaya dikurangkan demi keselesaan mata pengguna. PHOTO - HUAWEI

Keupayaan HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition dalam menjamin perlindungan mata melalui paparan skrin tablet dapat dibuktikan dengan pengiktirafan empat pensijilan pelindung mata seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification, TÜV Rheinland Reflection-Free Certification, TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification.

Ciri pintar aplikasi lukisan berikan pengalaman terbaik dalam melukis secara digital PHOTO - HUAWEI

Uniknya, HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition ini boleh dikatakan tablet pertama yang pra-pasang dengan aplikasi lukisan berkualiti dan mudah digunakan.

Aplikasi itu juga dibangunkan oleh HUAWEI, iaitu aplikasi GoPaint.

Aplikasi yang ditawarkan HUAWEI ini mempunyai pelbagai ciri menarik buat pelukis digital seperti kesan sebenar dalam lukisan, pelbagai jenis dan saiz berus serta sesuai dipadankan, kapasiti lapisan dan butang cepat. 

Lebih istimewa, aplikasi GoPaint bukan saja tertumpu kepada pengguna tangan kanan, malah aplikasi ini juga menyediakan mod tangan kiri (kidal), membolehkan pengguna meletakkan semula bar alat untuk lukisan yang lebih selesa. 

Produktiviti yang dipertingkatkan HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition bantu interaksi dengan lancar. PHOTO - HUAWEI

Produktif seperti di pejabat

HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition ini hadir dengan M-Pencil dan papan kekunci magnetik yang dikuasai teknologi NearLink yang membolehkan pengguna merasai pengalaman bekerja seperti di pejabat. 

Bagi pengguna yang mempunyai minat dalam menulis tangan sudah pasti menyukai M-Pencil HUAWEI kerana ciri kependaman ultra rendah dan tahap pengesan tekanan 10,000 mampu menghasilkan tulisan yang lancar. 

Selain itu, pengguna dapat menikmati pengalaman berbeza walaupun menggunakan tablet yang sama dengan papan kekunci magnetik pintar. 

Bukan itu saja, reka bentuk yang nipis dan ringan membuatkan HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition mudah dibawa ke mana-mana.

Ketahanan bateri lebih lama

Di samping itu, tablet HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar berbanding perantinya yang lain iaitu 8800 mAh cukup untuk kegunaan seharian. 

Pelaksanaan nota menjadi lebih mudah dengan HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition. PHOTO - HUAWEI

Pembelajaran lebih mudah dengan HUAWEI Notes

Seperti tablet yang lain, HUAWEI MatePad 11.5s Papermatte Edition juga mempunyai ciri nota bagi memudahkan pengguna membuat salinan nota. 

Aplikasi asal Google juga boleh didapati di AppGallery. 

Namun, sebarang aplikasi yang tidak dapat ditemui di AppGallery, boleh dimuat turun di aplikasi Google Play Store menerusi HUAWEI AppGallery. 

Tawaran pratempah

Pengguna boleh pratempah HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Edition mulai hari ini hingga 28 Jun 2024 dengan harga RM2,499. 

Pengguna juga akan menerima pelbagai hadiah tambahan seperti HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Mouse, FreeBuds 5i dan rebat tukar beli eksklusif bernilai sehingga RM2046.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan HUAWEI MatePad 11.5s PaperMatte Edition di Laman rasmi HUAWEI Kedai utama HUAWEI di Lazada dan kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 4:09 PM