UniMAP.
UniMAP.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Seiring dengan matlamat untuk pembudayaan elemen teknologi, inovasi dan penyelidikan, kejayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diteruskan dengan pengiktirafan terhadap enam produk penyelidikan yang dihasilkan.

  Institusi pengajian tinggi berkenaan berjaya meraih enam Anugerah Inovasi Cemerlang sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) yang berakhir semalam.

  Produk inovasi yang menyumbang pingat emas itu antaranya 'Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer Bersepadu' (I-CMMS) serta Buih Kalis Api Untuk Panel Dinding Penebat yang dihasilkan oleh Dr Zul Atfi Ismail, Prof Madya Dr Liew Yun Ming, Prof Madya Dr Irnis Azura Zakarya, Prof Madya Dr Heah Cheng Yong dan Prof Madya Dr Rozyanty Rahman.

  Inovasi lain yang yang mendapat pingat perak adalah kit ujian Covid-19 hasil penyelidikan Prof Dr Uda Hashim.

  Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli berkata, pencapaian yang diraih ini adalah satu yang membanggakan kerana produk yang dihasilkan mempunyai impaknya tersendiri serta menarik perhatian juri.

  "Ini membuktikan bahawa pemilihan produk penyelidikan yang teliti oleh panel pemilih menepati kehendak penganjur dan kita berbangga kerana percaturan pingat kita menjadi.

  "Saya berharap penyelidik UniMAP akan terus mempertingkatkan hasil penyelidikan mereka agar setiap produk yang dihasilkan itu memberi manfaatkan kepada masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi, semalam.

  Untuk rekod, UniMAP menghantar 20 produk berjaya meraih 11 pingat emas, lima perak, tiga angsa dan satu merit selain turut menerima empat Anugerah Khas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 11:00 PM