FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Norzamira Che Noh

Shah Alam: Kerja penyelenggaraan berjadual Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) yang dijadualkan sebelum ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Notis makluman itu dikongsi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi media sosial agensi berkenaan, hari ini.

"Merujuk kepada maklumat berkenaan kerja-kerja penyenggaraan berjadual Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan berjadual ini akan dipinda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

"Sebarang maklumat rasmi dan terkini berkenaan kerja-kerja penyenggaraan berjadual Air Selangor boleh didapati menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, laman web serta platform media sosial Air Selangor," katanya ringkas.

Semalam, tular senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 14 hingga 16 Mei depan.

Kawasan yang akan terjejas membabitkan wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak , Hulu Selangor, Kuala Selangor dan sebahagian kawasan Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 1:48 PM