XIAOMI.
XIAOMI.
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pengeluar elektronik terkemuka, Xiaomi kini diiktiraf di tangga ke-70 sebagai 'Peneraju Teknologi Global' oleh Kantar BrandZ dalam senarai 100 jenama paling bernilai.

Tahun lalu, Xiaomi dinilai pada tangga 81 dan kali ini memperbaiki kedudukan susulan pelbagai pelancaran produk pintar oleh syarikat berkenaan.

Kejayaan itu juga adalah bukti pendekatan yang dilaksanakan oleh Xiaomi dengan memperkenalkan pelbagai segmen produk dan tidak tertumpu hanya kepada telefon pintar semata-mata.

Ia juga membuktikan bahawa jenama berkenaan semakin dikenali di peringkat global sekali gus pengenalan kepada teknologi terkini yang dimuatkan dalam semua segmen produk mereka mendapat tempat untuk pengguna.

Pada masa sama, Xiaomi juga diiktiraf sebagai lima jenama terunggul untuk kategori 'Teknologi Konsumer'.

Sebelum itu, syarikat berkenaan memperkenalkan identiti baharu mereka pada Mac lalu sebagai salah satu langkah untuk memastikan Xiaomi terus relevan dalam pasaran teknologi global terutamanya untuk pengguna.

Syarikat itu juga memperkenalkan konsep baharu iaitu 'Alive' sesuai dengan strategik mereka untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan mengikuti perkembangan teknologi semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 10:37 PM