XIAOMI Mi 9T menawarkan spesifikasi peranti terkini.
XIAOMI Mi 9T menawarkan spesifikasi peranti terkini.
Muhammad Saufi Hassan


SEBAGAI syarikat termuda yang tersenarai dalam Top 500 oleh Fortune Global 500, Xiaomi jenama telefon pintar sinonim dengan golongan muda, terus mengorak langkah bijak memperkenalkan model peranti lebih berpatutan.

Jenama ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk membuktikan Xiaomi sebagai pilihan anak muda dan memecah dominasi telefon pintar mampu milik dengan harga yang berbaloi.

Bagi menarik minat pengguna muda, Xiaomi kini tampil dengan peranti yang lebih berbaloi, Xiaomi Mi 9T.

Hanya dengan harga RM1,199, ia menjadi penanda aras terbaharu dalam segmen harga terendah peranti ditawarkan di Malaysia berbanding di pasaran global. Ia juga adalah kumpulan peranti pertama di Malaysia yang menggunakan pemproses Snapdragon 730 dan setaraf dengan Snapdragon 820.

Xiaomi Mi 9T mampu menghasilkan pengalaman yang sangat baik kepada pengguna terutama bagi aplikasi permainan kerana ia meningkatkan prestasi peranti.

Pemproses jenis itu juga meningkatkan keupayaan kepenggunaan telefon pintar dan peng­guna tidak perlu bimbang kerana peranti yang menggunakan pemproses ini mampu melancarkan sebarang aplikasi kerana dipadankan dengan memori (RAM) 6GB untuk memastikan kelancaran aplikasi

berkenaan terutama­nya ketika melancarkan aplikasi permainan yang memerlukan keupayaan RAM.

Ia juga didatangkan dengaan skrin penuh tanpa ‘notch’ seluas 6.39 inci menggunakan paparan AMOLED supaya menghasilkan tona warna yang lebih jelas walaupun di bawah cahaya terang dan skrin jenis ini sangat bersesuaian kepada peminat permainan mudah alih.

Uniknya, skrin Xiaomi Mi 9T ini boleh dibahagikan kepada ciri dua skrin iaitu satu bahagian untuk bermain permainan manakala satu lagi untuk menonton YouTube tanpa sebarang masalah.

Ia menggunakan tetapan tiga kamera iaitu lensa utama berkeupayaan 48 megapixel (MP) sudut lebar, 8MP lensa telefoto dan 13MP lensa sudut ultra lebar.

Setakat ini, resolusi kamera 48MP paling tinggi digunakan untuk peranti mudah alih dan pengguna boleh merakam sebarang detik indah menggunakan kamera utama. Imej waktu malam juga tidak mempunyai masalah apabila peranti ini didatangkan dengan mod rakaman gambar malam (night mode).

Kamera swafoto pula menggunakan kamera mekanikal ‘pop-naik’ dengan keupayaan 20MP serta menggunakan teknologi pengesanan imej Kecerdasan Buatan (AI) dan mampu menghasilkan swafoto dalam mod cantik yang mempunyai ciri pengecilan wajah, membesarkan mata dan beberapa tetapan lain. Ia mampu bertahan lebih 300,000 kali penggunaan tanpa sebarang masalah iaitu bersamaan dengan lapan tahun jika menggunakan kamera pop-naik itu sebanyak 100 kali sehari.

Peranti itu juga sangat sesuai kepada peminat permainan mudah alih kerana ia menawarkan paparan penuh di samping saiz skrin yang besar untuk memaksimumkan penglihatan pengguna.

Kapasiti bateri peranti ini adalah 4,000mAh dan ia mampu bertahan selama 18 jam dalam penggunaan maksimum tanpa perlu mengecas telefon pintar.

Ia juga didatangkan dengan teknologi pengecas pantas 18W yang juga peranti pertama di bawah siri Mi yang hadir dengan bateri kapasiti berkenaan.

Dengan janaan cip Snapdragon 730 bersama bantuan Game Turbo, Xiaomi Mi 9T memboleh­kan pengguna membuat rakaman skrin, pengo­songan memori dan menguruskan jaringan tanpa wayar (WiFi) atau mudah alih.

Telefon pintar Xiaomi Mi 9T ini boleh didapati pada harga bermula RM1,199 untuk pilihan memori 6GB serta storan 64GB atau RM1,399 untuk memori 6GB dan storan 128GB bermula 6 Julai. Pembelian boleh dilakukan di mana-mana kedai Mi atau Lazada serta Kedai Mi menerusi aplikasi Shopee.

Pengguna tidak perlu berhabis ribuan ringgit untuk peranti premium kerana Xiaomi menawarkan peranti kelas premium dengan harga RM1,199 yang sangat berbaloi, seiring dengan matlamat Xiaomi sendiri, iaitu menawarkan harga peranti sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Snapdragon 730

• RAM: 6GB

• Storan: 64GB / 128GB

• Kamera utama: 48MP + 8MP + 13MP

• Kamera swafoto: 20MP

• Bateri: 4,000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 9:14 AM