SKRIN paparan kelas permainan.
SKRIN paparan kelas permainan.
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR telefon pintar, Xiaomi kini mengorak langkah ke depan apabila memperkenalkan skrin paparan kelas permainan yang dikatakan akan cuba memasuki segmen sukan elektronik.

Syarikat berkenaan memperkenalkan skrin paparan berkenaan minggu lalu dan disertakan dengan dua saiz variasi iaitu 27 inci dan 34 inci khusus untuk 'gamer' yang mahu merasai tona warna lebik tajam dengan penawaran harga lebih baik.

Menyentuh aspek spesifikasi, skrin berkenaan menggunakan panel berteknologi VA dengan kadar kecerahan pada 300 Nits sesuai untuk semua keadaan persekitaran.

Ia juga didatangkan dengan kadar segar semula (FPS) 144Mhz serta menyokong sambungan teknologi kad grafik FreeSync dan Xiaomi mempunyai masa depan yang cerah jika terus melakukan penawaran produk yang baik untuk masa depan.

Pada masa sama, syarikat itu juga bakal mengeluarkan kaki skrin paparan (boom arm) yang dilengkapi dengan sistem penyerap hentakan serta mampu untuk mengubah sebarang posisi yang dikehendaki pengguna.

Dikatakan, bahan binaan untuk kaki skrin ini menggunakan bahan bertaraf automatif dan mampu untuk menampung bebanan sehingga 9 kilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 7:00 PM