Mi 11 dilancarkan untuk pasaran tempatan
Mi 11 dilancarkan untuk pasaran tempatan
Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi hari ini melancarkan peranti kelas perdana keluarannya iaitu Mi 11 untuk pasaran tempatan.

  Selepas ia dilancarkan diperingkat global, Mi 11 akhirnya memasuki pasaran negara dengan tanda harga yang lebih kompetatif untuk peranti pintar kelas perdana.

  Peranti itu yang menggunakan pemproses terbaik keluaran Qualcomm Snapdragon 888 mempunyai tetapan kamera tiga lensa berkeupayaan untuk resolusi 108 megapiksel (MP).

  Mi 11 juga dilengkapi dengan sistem teknologi audio sinematik serta sokongan pengecas tanpa wayar 50W.

  Peranti pintar berkenaan akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 13 Mac dengan tanda harga RM2,999 bagi variasi memori (RAM) 8GB bersama storan 256GB.

  Pada masa yang sama, Xiaomi juga melancarkan

beberapa produk ekosistem lain iaitu penyedut habuk, Mi G10, pengering rambut Mi Ionic H300 dan kamera keselamatan rumah 360 darjah Mi 2K.

  Ketua Serantau Asia Tenggara Xiaomi, K M Leong berkata, Mi 11 ini adalah terjemahan kepada usaha syarikat itu untuk menghasilkan peranti yang serba sempurna.

  "Mi 11 adalah interpretasi kami terhadap telefon pintar mercu premium yang serba sempurna dan ia meneruskan legasi Mi, sarat dengan ciri revolusi di dalam peranti termasuk reka bentuk bersama kualiti luar biasa.

  "Kami teruja kerana Mi 11 mencatatkan pencapaian penting untuk fotografi dan videografi mudah alih untuk menawarkan pengalaman 'Movie Magic' kepada pengguna.

  "Mi 11 pastinya salah satu pelancaran

kemuncak dalam lingkungan produk Xiaomi tahun ini, dan kami terus mencabar diri untuk

menghasilkan produk-produk yang lebih inovatif dalam masa terdekat," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 10:38 PM