Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Apple dijangka mengumumkan peranti baharu mereka malam ini dengan slogan 'Take Note'.

  Pengumuman berkenaan diketahui menerusi ciapan video berduarasi 20 saat oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook selain operasi 'Apple Store' turut menunjukkan notifikasi 'We'll Be Right Back'.

  Mengikut kebiasaannya, notifikasi berkenaan memberi petunjuk bahawa produk baharu akan dimuat naik sebaik pengumuman Cook malam ini.

  Khabar angin menyatakan bahawa Apple akan memperkenalkan iPad Pro dengan cip pemproses baharu iaitu M2 bersama variasi skrin 11 inci dan 12.9 inci.

  Belum pun reda 'demam' pelancaran siri iPhone 14, Apple kembali melancarkan peranti baharu untuk segmen iPad Pro dengan beberapa ciri baharu dijangka akan diperkenalkan.

  Walaupun masih tiada maklumat jelas berhubung pengumuman yang akan dilakukan malam ini, namun besar kemungkinan siri baharu iPad Pro untuk pengguna.  

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 10:09 PM