Bot telegram Jawi dikenali ‘Jawigram’ bantu pelajari tulisan jawi.
Bot telegram Jawi dikenali ‘Jawigram’ bantu pelajari tulisan jawi.
Oleh Muhammad Saufi Hassan


TIDAK semua orang mahir menggunakan huruf jawi terutamanya dalam membina ayat.

Penulis yakin ramai yang boleh membaca tulisan jawi namun tidak ramai yang mampu untuk menulis dalam huruf berkenaan kerana ia mempunyai teknik sambungan huruf.

Biarpun huruf jawi masih menggunakan bahasa Melayu namun ia mempunyai tetapan atau aturan tertentu berhubung kaedah penyambungan huruf tertentu.

Keupayaan teknologi hari ini memungkinkan semua orang mampu untuk menggunakan tulisan jawi atau mempelajarinya.

Menerusi aplikasi bot telegram, Jawigram, ia mampu untuk menukarkan tulisan rumi kepada huruf jawi dengan menaif binaan ayat tertentu.

Malah, kaedah itu memudahkan penggunakan untuk mempelajari kaedah sambungan huruf jawi.

Pengguna hanya perlu menaip perkataan yang ingin ditukarkan kepada jawi, dan ia akan melakukannya secara automatik. Seperti biasa, pengguna perlu menggunakan tulisan bahasa Malaysia penuh untuk berjaya menggubahnya kepada tulisan jawi.

Disamping mengubah tulisan sedia ada, Jawigram juga turut membantu pengguna dalam mempelajari perkataan dan tulisan jawi baru setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 8:46 PM